Sam Barlow iaitu pembangun untuk pelbagai permainan interaktif seperti Her Story, Telling Lies dan terbaru Immortality telah berkongsi di Twitter mengatakan yang Tesla iaitu pengeluar kereta elektrik yang dimiliki oleh Elon Musk pernah meminta untuk membolehkan permainan Her Story boleh dimainkan di dalam kereta mereka.
Selepas menanyakan berapa bayaran yang Tesla ingin tawarkan, mereka enggan melakukan sebarang bayaran sebaliknya sekadar mengatakan ia boleh memberi pendedahan kepada permainan tersebut. Perkongsian ini hadir selepas Twitter yang baru sahaja diambil alih oleh Elon Musk ingin memerlukan bayaran untuk mendapat status Verified di media sosial tersebut.
Membalas kepada ciapan tersebut, Cabel iaitu pengasas untuk Panic Inc yang merupakan penerbit untuk Untitled Goose Game mengatakan perkara yang sama berlaku bagi permainan tersebut, merujuk kepada Tesla ingin membayar menggunakan “pendedahan”.
Kedua-dua ciapan ini merujuk kepada Tesla sebagai syarikat, oleh itu tidak dapat disahkan jika Elon Musk sendiri terlibat.
Tesla sebelum ini mengumumkan yang Kereta Tesla Model S Dan X Mempunyai Kuasa Pemprosesan 10 Teraflop – Dikatakan Boleh Main Cyberpunk 2077 tetapi sekadar ingin mendapatkan permainan secara percuma bukan strategi terbaik, tambahan meletakkan permainan video di dalam kereta bukanlah perkara yang penting, sekadar gimik di dalam “Pimp My Ride”.
Dilaporkan terlebih dahulu oleh Eurogamer.