Genshin Impact hari ini telah memperlihatkan watak baharu yang akan tiba untuk permainan tersebut, ia adalah Scaramouche atau juga dikenali sebagai Kunikuzushi atau Balladeer. Mereka juga mengesahkan ura-ura yang mengatakan dia akan menjadi watak yang menggunakan elemen Anemo.
Bagi yang mengikuti penceritaan Genshin Impact, Scaramouche merupakan watak yang “dicipta” oleh Raiden untuk menjadi peganti akan tetapi menjadi satu projek yang gagal dan “dibuang”. Kecewa dengan perkara tersebut, dia mnejadi salah seorang daripada Fatui Harbingers.
Genshin Impact juga memperlihatkan Faruzan iaitu seorang lagi watak baharu yang akan tiba dan seperti Scaramouche, dia adalah watak yang menggunakan elemen Anemo. Buat masa ini, maklumat mengenai Faruzan masih tidak dikongsi dengan lanjut, akan tetapi Cyno pernah bercakap mengenainya dan mengatakan dia adalah pengkaji di Sumere Akademiya.
Buat masa ini tidak disahkan lagi tarikh pelancaran untuk mereka, akan tetapi berkemungkinan besar akan tiba melalui kemaskini 3.3.
Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.