Pagi ini berakhir-lah perlawanan Peringkat Separuh Akhir untuk Worlds 2022 iaitu kejohanan penutup bagi League of Legends untuk tahun ini. Perlawanan hari ini memperlihatkan pasukan DRX mengalahkan Gen.G dengan skor 3-1 untuk melayakkan diri ke peringkat akhir.

DRX akan bertemu dengan T1 yang mengalahkan JDG semalam untuk menebuskan kekecewaan mereka sekadar berada di tempat 3-4 pada kejohanan tahun lepas. DRX pula meneruskan kejohanan ‘fairy-tale‘ mereka dengan melayakkan diri ke peringkat akhir walaupun memasuki Worlds 2022 melalui Play-ins.

Kejohanan akhir akan berlangsung pada 6 November 2022 di Chase Center, San Francisco, California.

Sohor Kini