Venom 3 Akan Diarahkan Oleh Kelly Marcel

Filem Venom akan diteruskan dengan filem ketiga. Tiada sebarang butiran lagi mengenai filem ini dan kali terakhir kita lihat Venom dan Eddy Brock lakonan Tom Hardy adalah dalam Let There Be Carnage dan Spider-Man: No Way Home.

Deadline beberapa hari lepas melaporkan, Venom 3 akan diarahkan oleh Kelly Marcel. Marcel adalah penulis untuk kedua-dua filem Venom dan beliau turut akan terlibat dengan skrip filem ketiga – cuma menjadi pengarah adalah satu tugasan kali pertama untuk beliau.

Sebelum ini Ruben Fleischer adalah pengarah Venom sementara Andy Serkis pula pengarah Venom: Let There Be Carnage. Buat masa ini masih tiada sebarang informasi mengenai filem ketiga Venom ini, kerana Tom Harday dan Kelly Marcel masih menulis skrip untuknya.

Siapakah watak Spider-Man yang akan muncul, adakah kita akan lihat kesinambungan daripada No Way Home? Semuanya masih dirahsiakan, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini