Skip to main content

Kejohanan The International 11 menutup tirai hari ini dengan memperlihatkan pasukan Tundra Esports menjadi juara keseleruhan selepas mengalahkan Team Secret di peringkat akhir dengan skor 3-0.

Dengan kemenangan ini, Tundra Esports mengekalkan rekod tanpa kalah mereka yang bermula dari peringkat kumpulan lagi apabila memenangi 4 perlawanan dan seri empat perlawanan untuk menjadi juara bagi Kumpulan B.

Di peringkat kalah mati, mereka mengalahkan OG di Pusingan Pertama Upper Bracket, mengalahkan Team Aster di Pusingan Kedua Upper Bracket, mengalahkan Team Secret di Peringkat Akhir Upper Bracket dan juga Peringkat Akhir Kejohanan.

Selaku juara, mereka membawa pulang 45% daripada hadiah terkumpul untuk kejohanan ini iaitu $8,518,822. Team Secret yang berada di tempat kedua membawa pulang $2,461,033 diikuti Team Liquid di tempat ketiga $1,703,810 dan Team Aster $1,135,835 di tempat keempat.

Leave a Reply