Kejohanan terbesar Dota 2, The International 11 yang berlangsung di Singapura bermula semula hari ini untuk menentukan empat pasukan terbaik. Hari pertama untuk dua hari hujung minggu terakhir ini memperlihatkan dua perlawanan iaitu Peringkat Akhir Upper Bracket di antara Tundra Esports dan Team Secret dan juga Pusingan Kelima Lower Bracket di antara Team Aster dan Team Liquid.

Bagi Peringkat Akhir Upper Bracket, Tundra Esports dan Team Secret memperlihatkan mengapa mereka adalah jaguh untuk Upper Bracket dengan memperlihatkan prestasi permainan yang cemerlang menjadikan perlawanan yang sengit.

Pusingan pertama mengambil masa hampir 70 minit sebelum Tundra Esports akhirnya berjaya untuk mendapat skor pertama, di Pusingan Kedua dengan Team Secret bermain dengan lebih selesa dan mendominasi keseluruhan perlawanan untuk memaksa perlawanan ke Pusingan Ketiga. Namun, Tundra Esports bermain dengan lebih baik, walaupun pada awalnya Team Secret yang mengawal perlawanan untuk menjadi pasukan pertama ke Peringkat Akhir, dan menjadi sekurang-kurangnya pasukan kedua terbaik dunia.

Manakala bagi Pusingan Kelima Lower Bracket, Team Liquid bermula dengan cemerlang dan boleh dikatakan menang mudah untuk Pusingan Pertama, tetapi Team Aster bermain dengan lebih di Pusingan Kedua untuk menjadikan skor 1-1. Di Pusingan Ketiga, Team Aster gagal untuk melakukan serangan yang berkesan dan sering di balas, membuatkan mereka terpaksa berputih mata di tempat keempat selepas Team Liquid berjaya mengambil Pusingan Ketiga dan sekali gus menjadikan ketiga-tiga pasukan teratas adalah dari Eropah.

Pusingan Akhir Lower Bracket akan berlangsung esok di antara Team Secret dan Team Liquid dengan pemenang bagi pusingan ini akan bertemu dengan Tundra Esports untuk menentukan siapa menjulang Aegis of Champions dan juga hadiah tunai $8 juta.

Sohor Kini