Activision akhirnya melancarkan permainan Call of Duty Modern Warfare II untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia adalah permainan terbaru Call of Duty bagi tahun ini dan merupakan permainan susulan untuk Call of Duty Modern Warfare yang dikeluarkan pada tahun 2019.

Call of Duty Modern Warfare II menyertakan kempen penceritaan di mana pemain akan mengikuti pasukan Task Force 141 yang terdiri daripada Captain John Price, Kyle Garrick, Simon Riley, John MacTavish dan ahli baharu Alejandro Vargas.

Selain itu, ia juga akan menyertakan pelbagai mod multi-pemain, seperti mod multi-pemain biasa dan juga mod Prisoner Rescue dan juga mod Knock Out.

Sohor Kini