The Callisto Protocol melalui akaun Twitter rasmi untuk versi Jepun telah mengumumkan yang mereka buat masa ini tidak akan melancarkan permainan tersebut di Jepun, mereka mengatakan ia adalah disebabkan CERO iaitu Agensi Penarafan bagi permainan di Jepun tidak memberikan penarafan bagi permainan tersebut.

Mereka juga mengatakan yang CERO meminta mereka untuk melakukan perubahan sebelum penarafan boleh diberi, sesuatu yang Striking Distance Studios dan Krafton mengambil keputusan untuk tidak melakukannya kerana dikatakan akan mengubah pengalaman bagi permainan tersebut.

Berita ini sudah semestinya satu perkara yang mengecewakan bagi pemain di Jepun, akan tetapi kebanyakan mereka meminta untuk Krafton terus mengekalkan bahasa Jepun bagi versi antarabangsa, agar sekurang-kurangnya mereka masih dapatkan melalui cara berlainan.

Krafton mengatakan yang sebarang pra-tempahan yang dilakukan akan mendapat pembayar semula secara penuh.

Striking Distance Studios dan Krafton sebelum ini juga telah mengumumkan yang The Callisto Protocol sudah siap dibangunkan dan bersedia untuk dilancarkan pada 2 Disember 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Steam dan juga Epic Games Store.

Sumber: PC Gamer

Sohor Kini