PUBG Mobile telah mengumumkan kerjasama dengan pemain bola sepak terkenal iaitu Lionel Messi yang juga boleh dikatakan sebagai pemain bola sepak kedua terbaik dunia sekarang. Kerjasama ini akan tiba apabila kemaskini 2.3 untuk permainan tersebut dilancarkan sekitar bulan November.

Di dalam kerjasama ini, Messi mengatakan yang permainan video menjadi bahagian yang besar di dalam hidupnya, kerana ia membantu untuk menenangkan dan juga memberi keseronokan di dalam hidupnya. Beliau juga mengatakan antara salah seorang pemain PUBG Mobile.

Melalui kerjasama ini, mereka akan menyertakan kostum dan juga pelbagai barangan di dalam permainan. Maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan kemudian.

PUBG Mobile dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini