Tahun ini ada banyak filem seram yang menarik. Tetapi tidak banyak yang memasuki pasaran Malaysia, kalau ada pun mungkin dipotong sehingga mengganggu pengalaman menonton. Sempena Halloween nanti, bukan Netflix sahaja menawarkan kandungan seram yang menarik – Disney+ Hotstar turut hadir dengan pelbagai kandungan yang akan membuatkan anda kecut perut.

Pertama sekali yang paling menarik adalah Barbarian. Ia adalah antara filem paling seram tahun ini yang digemari ramai, tidak kira pengkritik atau umum dengan rating Rotten Tomatoes yang ”segar” 92%.

Filem ini mengisahkan seorang gadis yang merantau ke Detroit untuk temuduga kerja dan telah menyewa rumah untuk tinggal di sana sementara. Tiba pada waktu tengah malam, rumah yang disewa telah disewa oleh seorang lelaki yang mencurigakan. Kerana sudah lewat, gadis ini bercadang untuk duduk di sana sebagai tempat meneduh untuk waktu yang singkat – namun tidak disangka pelbagai perkara menyeramkan dan negeri mula berlaku.

Jika filem ini terlampau ngeri untuk anda, Disney+ Hotstar turut menawarkan banyak filem seram lain lagi. Antaranya adalah Hocus Pocus 2, KKN Desa Penari yang tular sebelum ini, American Horror Stories iaitu siri sampingan kepada American Horror Story, filem seram komedi Ada Hantu, siri The Walking Dead Musim Ke-11 dan banyak lagi.

Jika anda ingin tonton filem MCU, Werewolf By Night adalah filem seram pendek yang cukup menarik. Kami telah ulas filem ini yang anda boleh baca di sini.

Barbarian dan semua kandungan yang saya sebutkan tadi sudah boleh disitrim sekarang di Disney+ Hotstar.

Sohor Kini