Doctor Who Akan Disiarkan Di Disney+ Untuk Pasaran Luar UK

Julai lepas, Disney dilaporkan sedang berbincang dengan BBC untuk hak penstriman siri TV Doctor Who di pasaran luar UK. Kini ia tekah rasmi, Doctor Who boleh distrim melalui Disney+ bermula tahun 2023 nanti.

Doctor Who adalah siri TV mengenai pengembaraan merentas masa yang melibatkan sejenis makhluk yang dikatakan adalah dewa masa yang menyamar sebagai manusia dan menggelar diri sebagai Doctor. Doctor ini merentas masa dengan mesin masa yang digelar TARDIS dalam sebuah reruai telefon awam British berwarna biru.

David Tennant yang berlakon sebagai Doctor Who ke-10 dari 2005 sehingga 2010 akan kembali sebagai Doctor Who untuk beberapa episod, menjadikan beliau Doctor ke-14 dan Ncuti Gatwa yang dilaporkan akan menjadi Doctor ke-14 kini akan menjadi yang ke-15.

Siaran siri TV ini buat masa ini adalah untuk Disney+ sahaja dan tidak pasti lagi jika ia akan tiba di Disney+ Hotstar untuk pasaran Malaysia. Sehingga hari ini, tiada platform penstriman di Malaysia menawarkan Doctor Who.

Sohor Kini