Simulacra 3 Kini Dilancarkan Untuk iOS, Android Dan PC

Kaigan Games akhirnya melancarkan Simulacra 3 untuk iOS, Android dan juga PC. Ia adalah permainan ketiga bagi siri oleh pembangunan tempatan ini dengan permainan pertama dikeluarkan pada tahun 2017, Simulacra 2 dikeluarkan pada tahun 2019.

Seperti dua permainan sebelum ini, permainan ini akan dimainkan melalui penggunaan telefon pintar dengan terdapat pelbagai misteri dan tekaria yang akan disertakan. Bagi siri kali ini, ia berlaku di Stonecreek di mana penduduk menghilangkan diri secara misteri.

Anda boleh dapatkan Simulacra 3 di Steam dengan harga RM23.50 ataupun di iOS dan juga Android dengan harga RM39.90.

Sohor Kini