Siri TV Green Lantern sudah pun dalam pembangunan sejak tahun 2019 lagi. Siri ini dikatakan akan berlaku di pelbagai garis masa berbeza dengan pelbagai versi Green Lantern termasuk versi manita sebagai fokus utama.

Sebelum ini Jeremy Irvine telah disahkan akan menjadi Green Lantern versi Alan Scott, dengan Finn Wittrock pula sebagai versi Guy Gardner. Tetapi Hollywood Reporter melaporkan, segala perancangan dan skrip sedia ada akan dibatalkan – kerana mereka akan menghasilkan siri TV Green Lantern yang berlainan.

Green Lantern baharu akan memfokuskan watak John Stewart, iaitu Green Lantern berkulit hitam – hero DC berkulit hitam pertama dan watak yang paling lama menjadi Green Lantern dalam sejarah DC. Seth Grahame-Smith yang sebelum ini mengendalikan siri TV ini menarik diri, tetapi Berlanti Productions akan kekal sebagai penerbit bersama dengan Warner Bros. Television.

Siri TV ini pernah dilaporkan akan menjadi siri TV DC dengan bajet terbesar dengan anggaran sekitar $120 juta akan dibelanjakan.

Sohor Kini