Reuters telah melaporkan yang Microsoft mempertingkatkan pelaburan dan penglibatan mereka di dalam industri permainan video di China di dalam usaha untuk mengembangkan lagi penawaran Game Pass secara global dan juga khusus untuk negara tersebut.

Mereka dikatakan telah membentuk satu pasukan untuk melihat permainan-permainan yang dikeluarkan oleh pembangun di China dan mula menawarkan dana bagi permainan-permainan yang sedang dibangunkan untuk disertakan di dalam Game Pass.

Laporan tersebut juga mengatakan yang Microsoft buat masa ini masih lagi mengejar Sony yang sudah lama melakukan pelaburan di China terutama melalui China Hero Project yang telah bermula sejak tahun 2017 lagi.

Berdasarkan sumber, Microsoft juga dikatakan menyesal kerana terlepas untuk melibatkan diri di dalam pembangunan Genshin Impact yang kini menjana berbilion ringgit setiap tahun. Microsoft dikatakan melakukan perbincangan awal dengan Mihoyo tetapi tidak mempunyai sebarang kata putus.

Sohor Kini