2K Games bersama dengan Marvel Entertainment telah mengumumkan maklumat lanjut mengenai Pas Semusim untuk permainan akan datang mereka iaitu Marvel’s Midnight Suns. Pas semusim ini akan menyertakan empat DLC yang setiapnya membawa watak baharu tersendiri.

Empat watak DLC yang akan tiba adalah Deadpool, Venom, Morbius dan juga Storm. Bersama dengan watak-watak ini yang akan mempunyai kebolehan tersendiri, DLC ini juga akan menyertakan misi penceritaan, naik taraf untuk Abbey dan juga barangan kosmetik.

Keempat-empat DLC boleh didapatkan melalui Pas Semusim yang akan disertakan bersama edisi Legendary Premium Pack, ataupun dibeli kemudian. Setiap DLC juga akan dijual secara berasingan.

Marvel’s Midnight Suns merupakan permainan aksi strategi yang dibangunkan oleh Firaxis Games yang terkenal dengan permainan seperti Civilization dan XCOM.

2K dan pembangun Firaxis Games telah mengumumkan yang Midnights Suns akan dilancarkan pada 2 Disember 2022 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC. Manakala untuk PlayStation 4, Xbox One dan Nintendo Switch akan diumumkan kemudian.

Sohor Kini