Servant adalah siri TV seram misteri dan ngeri di Apple TV+. Ia adalah siri TV oleh M. Night Shyamalan yang sudah pun mempunyai tiga musim. Servant nampaknya menerima sambutan yang baik, kerana ia akan diteruskan dengan musim keempat.

Musim keempat akan menjadi yang terakhir, di mana ia akan menutup kisah keluarga Turner yang dijanjikan dengan penceritaan lebih epik dan penuh emosi. Leanne akan terus memerangi pasukan kultus Church of Lesser Saints yang kini mengancam bandar Philadelphia. Sepanjang musim-musim lepas, pelbagai perkara mistik, seram dan misteri berlaku dan kini ia akan menemui garisan penamat.

Lauren Ambrose, Toby Kebbell, Nell Tiger Free dan Rupert Grint, akan kekal dengan watak masing-masing. Servant musim keempat akan disiarkan pada 13 Januari 2023 dengan 10 episod secara mingguan sehingga 17 Mac 2023, eksklusif di Apple TV+.

Sohor Kini