Pada awal bulan ini, CD Projekt Red telah mengumumkan tiga projek baharu berdasarkan The Witcher dan salah satunya menggunakan kod projek Canis Majoris. Hari ini telah diumumkan yang, projek tersebut adalah The Witcher versi olahan semula.

CDPR telah mengatakan yang The Witcher Remake ini akan dihasilkan dengan kerjasama bersama Fool’s Theory iaitu studio yang ditubuhkan oleh bekas-bekas pembangun The Witcher 2 dan The Witcher 3. Ia juga akan menggunakan enjin permainan Unreal Engine 5.

Mereka juga mengatakan yang ia masih di peringkat awal pembangunan dan akan mengambil sedikit masa lagi sebelum bersedia untuk melakukan pengumuman lanjut. Bercakap mengenai status untuk The Witcher 3 bagi konsol generasi terkini, CDPR mengatakan maklumat akan dikongsikan tidak lama lagi.

Sohor Kini