Blizzard telah menganjurkan acara masa terhad untuk Overwatch 2 iaitu Halloween Terror yang berlangsung sehingga 7 November 2022. Ia antaranya menyertakan misi koperasi iaitu Junkenstein’s Revenge: Wrath of the Bride.

Junkenstein’s Revenge: Wrath of the Bride membawa penceritaan baharu mengenai Dr. Junkenstein. Pemain akan kembali ke Adlersbrunn bersama dengan empat watak baharu.

Pemain juga menyelesaikan pelbagai ganjaran dengan menyelesaikan cabaran, ini termasuk mendapatkan kad nama Nightfall Over Adlersbrunn, charm Jack-o’-Lantern. Pemain juga boleh mendapatkan penyembur dan juga kostum Lengendary dengan tonton penstriman Overwatch 2 di Twitch.

Bersama dengan acara masa terhad ini, pelbagai barangan kosmetik boleh didapatkan secara terus melalui kedai di dalam permainan.

Seperti diumumkan sebelum ini, bermula pada 28 sehingga 31 Oktober, Double Match XP akan berlangsung yang membolehkan pemain mendapat lebih banyak XP dengan bermain.

Overwatch 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Sohor Kini