Veteran di dalam industri permainan indie telah bersama untuk menubuhkan studio penerbitan baharu iaitu Spiral Up Gaming, mereka akan memfokuskan kepada permainan indie dan selain melihat kepada pasaran barat, mereka juga akan membawa permainan ke pasaran-pasaran lain seperti China yang merupakan pasaran kedua terbesar di dalam industri permainan video.

Sebelum pengumuman rasmi ini, mereka telah terlibat dengan beberapa permainan seperti Chinese Parents yang telah terjual melebihi 3 juta unit, Home Behind, Gordian Quest dan Sairento.

Manakala permainan seterusnya oleh mereka adalah Back to the Dawn, Affogato dan Wandering Sword yang akan dilancarkan pada tahun depan. Kesemua permainan ini telah diperlihatkan di Gamescom, Tokyo Game Show, Pax East dan Steam Next Fests.

Selain menyediakan dana untuk pembangunan, Spiral Up juga akan menyediakan khidmat nasihat untuk rekaan permainan, QA, pengurusan komuniti, dan pelbagai lagi. Anda boleh layari laman rasmi mereka untuk maklumat lanjut.

Sohor Kini