Steve Troughton-Smith iaitu seorang pembangun aplikasi telah berkongsi ciapan yang memperlihatkan alat kawalan Super Nintendo Entertainment System, yang merupakan versi baharu dikeluarkan oleh Nintendo boleh digunakan di peranti Apple seperti iPhone, iPad dan juga Apple TV.

Selain alat kawalan SNES ini, Nintendo juga ada mengeluarkan alat kawalan untuk Nintendo Entertainment System, Nintendo 64 dan SEGA Genesis Control Pad, walaupun tiada pengesahan, akan tetapi ia dijangka boleh digunakan juga kerana mempunyai sistem sambungan yang sama.

Apple melalui kemaskini terbaru untuk sistem operasi mereka telah menawarkan lebih banyak sokongan alat kawalan, akan tetapi tidak menyatakan senarai alat kawalan tersebut.

Sohor Kini