Jualan Promosi Permainan Seram Bermula Di Steam Sehingga 2 November

Steam hari ini telah menganjurkan Steam Scream Fest iaitu jualan promosi untuk permainan seram bersempena dengan Halloween. Jualan promosi ini berlangsung bermula hari ini sehingga 2 November 2022.

Seperti temanya, permainan-permainan yang ditawarkan dengan lebih murah adalah permainan yang mempunyai elemen seram, berikut adalah antara permainan menarik yang ditawarkan;

  • Resident Evil Village – RM122.25
  • Resident Evil 2 – RM26.70
  • Resident Evil 3 – RM44.70
  • Cult of the Lamb – RM63.20
  • Dead by Daylight – RM18.00
  • Days Gone – RM83.60
  • Ghostwire Tokyo – RM89.99
  • Phasmophobia – RM24.80
  • The Forest – RM9.75
  • Dying Light 2 Stay Human – RM159.49

Selain jualan promosi, mereka juga akan menganjurkan pelbagai acara serta penstriman yang berkait. Anda boleh layari laman rasmi untuk jualan promosi di pautan berikut; https://store.steampowered.com/category/scream.

Sohor Kini