SteamDB hari ini telah berkongsi mengenai Steam akan mengemaskini cadangan harga untuk permainan di Steam dengan lebih kerap (terima kasih Burhan). Ini adalah sekadar cadangan harga sahaja dan penerbit masih lagi mempunyai hak untuk menetapkan harga sendiri sepenuhnya.

Jika penerbit masih lagi menetapkan harga, adakah cadangan harga ini adalah penting?

Ya dan tidak – tidak bagi penerbit yang tidak mempunyai harga tempatan di mana mereka akan menawarkan berdasarkan tukaran mata wang dan ya bagi penerbit yang menawarkan harga tempatan dan oleh kerana menentukan harga berbeza mengikut negara akan mengambil masa, mereka kebiasaan akan mengikut harga yang dicadangkan oleh Steam.

Oleh itu, bagi permainan-permainan yang menggunakan harga tempatan sebelum ini, kita mungkin akan melihat peningkatan harga dengan penerbit akan sekadar mengikut harga cadangan oleh Steam.

Di dalam dokumen yang dikongsi oleh SteamDB, Steam memberikan cadangan untuk harga bermula $0.99 sehingga $199.99.

Berikut adalah perubahan harga cadangan untuk beberapa harga yang menjadi kebiasaan bagi permainan video, harga lama di dalam kurungan;

  • $14.99 – RM38.50 (RM32.50)
  • $19.99 – RM49.00 (RM39.00)
  • $24.99 – RM61.00 (RM44.00)
  • $39.99 – RM88.00 (RM65.00)
  • $59.99 – RM133.00 (RM95.00)
  • $69.99 – RM155.00 (RM115.00)

Walaupun ia memperlihatkan peningkatan, akan tetapi harga cadangan tersebut masih rendah jika ingin dibandingkan dengan tukaran matawang secara terus.

Sohor Kini