Pada tahun lepas telah diumumkan yang Ncuti Gatwa akan menjadi Doctor Who yang ke-14, akan tetapi semasa episod terakhir untuk Doctor Who yang dimainkan oleh Jodie Whittaker, telah melalui proses “regeneration” sebagai penanda Doctor Who baharu diperkenalkan.

Namun, berbanding memperlihatkan Doctor Who lakonan Ncuti Gatwa, sebaliknya ia adalah Doctor Who lakonan David Tennant. David Tennant merupakan Doctor Who yang ke-10 yang memegang watak tersebut bermula pada tahun 2005 sehingga 2010.

Menjelaskan perkara ini, penerbit Doctor Who mengatakan yang Ncuti Gatwa masih lagi Doctor Who seterusnya akan tetapi berbanding menjadi Doctor Who yang ke-14 dia adalah Doctor Who yang ke-15, dengan David Tennant akan menjadi yang ke-14 untuk tiga episod khas yang akan mula disiarkan pada November 2023.

Selepas tiga episod tersebut, Doctor Who akan diteruskan oleh Ncuti Gatwa yang mungkin tiba pada tahun yang sama ataupun pada awal tahun 2024.

Sohor Kini