Kerbal Space Program 2 Akan Dilancarkan Secara Akses Awal Tahun Depan

Private Division dan pembangun Intercept Games telah mengumumkan yang Kerbal Space Program 2 iaitu permainan simulasi membina roket ke angkasa lepas akan dilancarkan secara akses awal pada 24 Februari 2023 untuk PC melalui Steam dan juga Epic Games Store.

Kerbal Space Program 2 dikatakan akan menyertakan lebih peralatan untuk pemain gunakan dan melakukan uji kaji sendiri di dalam menghasilkan roket terbaik, dan dapat menjelajah angkasa yang lebih luas.

Diumumkan sebelum ini, sebagai satu permainan yang mementingkan sains mengenai pengembaraan di angkasa lepas, fungsi ini juga disertakan dengan realistik yang mungkin, ini termasuk juga mendapat nasihat daripada Paul Gilster iaitu penulis untuk Centauri Dream yang memfokuskan kepada sains di sebalik pengembaraan antara bintang.

Ini adalah kali pertama Kerbal Space Program 2 menerima tarikh pelancaran, ia sebelum ini telah tertunda beberapa kali dan sepatutnya dilancarkan pada tahun 2020 lagi.

Kerbal Space Program 2 dibangunkan oleh Intercept Games iaitu studio yang ditubuhkan oleh Private Division untuk membangunkan permainan ini dan terdiri daripada bekas-bekas pembangun Star Theory.

Sohor Kini