Bethesda menyambut ulang tahun ke-25 untuk siri permainan RPG mereka Fallout pada bulan ini, dan antara pengumuman yang dilakukan oleh mereka adalah Fallout 4 akan menerima versi generasi terkini iaitu untuk PlayStation 5, Xbox Series dan juga PC yang akan tiba sekitar tahun 2023.

Versi baharu ini adalah kemaskini percuma yang akan menyertakan mod grafik performance yang akan mempertingkatkan kadar kelancaran, menyokong resolusi 4K dan juga kandungan bonus untuk Creation Club.

Fallout 4 pertama kali dikeluarkan pada tahun 2015 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini