Apex Legends iaitu permainan battle royale oleh Respawn Entertainment dan terbitan EA akan memasuki musim baharu pada 1 November ini iaitu Apex Legends: Eclipse. Hari ini diumumkan yang antara kandungan yang akan tiba adalah peta baharu iaitu Broken Moon, fungsi memberi hadiah dan juga kosmetik pelekat.

Peta baharu iaitu Broken Moon adalah peta kelima yang disertakan di dalam Apex Legends. Ia mempunyai saiz kawasan lebih kurang dengan World’s Edge tetapi menyertakan rupa bumi yang lebih pelbagai dan juga mempunyai lebih banyak kawasan-kawasan menarik (POI).

Anda boleh melihat video untuk peta baharu ini di bawah.

Dengan pelbagai kawasan menarik yang akan menjadi medan pertempuran, Broken Moon juga akan mempunyai Zip Rail untuk menghubungkan kawasan-kawasan ini, yang secara langsung lebih memudahkan pemain untuk melakukan rotation.

Berikut adalah beberapa POI yang disertakan di dalam peta ini.

Selain itu, Apex Legends juga akan menerima fungsi memberi hadiah di mana pemain boleh membeli barangan kosmetik dan memberinya kepada rakan. Pemain boleh memberikan pelbagai barangan kosmetik termasuk juga kostum. Fungsi ini adalah terhad untuk 5 kali seminggu yang menurut EA adalah untuk mengelakkan “bad actor“.

Seterusnya adalah barangan kosmetik baharu iaitu pelekat, buat masa ini pelekat ini boleh digunakan bersama dengan barangan menyembuh iaitu Health Injector, Shield Cell, Shield Battery dan Phoenix Kit untuk menjadikan peralatan tersebut unik.

Seperti diumumkan sebelum ini, musim baharu ini juga akan memperkenalkan Legend baharu iaitu Catalyst, akan tetapi maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan kemudian, sebelum itu anda boleh lihat terlebih dahulu kisah silam untuk Catalyst ataupun Tressa Smith; Catalyst Adalah Legend Baharu Untuk Apex Legends – Tiba 1 November Ini.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch, dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini