HoYoverse telah mengumumkan yang kemaskini seterusnya untuk Genshin Impact iaitu versi 3.2 yang juga akan menggunakan judul “Akasha Pulses, the Kalpa Flame Rises” akan tiba secara rasmi pada 2 November ini.

Anda boleh tonton treler untuknya di bawah.

Kemaskini ini antaranya akan menyertakan dua watak baharu iaitu Nahida dan juga Layla yang akan tiba pada awal kemaskini ini, dan juga pertengahan.

Nahida atau juga dikenali sebagai Lesser Lord Kusanali merupakan Archon seterusnya yang akan tiba sebagai watak boleh digunakan, iaitu Dendro Archon. Nahida merupakan watak lima bintang yang menggunakan catalyst. Antara kebolehannya adalah Elemental Skill yang akan mengeluarkan “viewfinder”, ia akan melakukan serangan Dendro. Nahida juga akan mendapat kuasa tambahan apabila bersama dengan watak Pyro, Electro, atau Hydro di dalam pasukan.

Banner Nahida akan tiba bersama dengan Yoimiya sebagai satu lagi banner dan akan tiba pada hari pelancaran kemaskini baharu ini.

Watak baharu seterusnya adalah Layla, yang merupakan pelajar Akademiya. Dia merupakan watak empat bintang yang menggunakan pedang dan berkuasa Cryo. Dia mempunyai kebolehan untuk menghasilkan perisai dan juga melakukan serangan Cryo. Layla akan tiba bersama dengan banner Yae Miko serta Tartaglia sebagai banner seterusnya bagi kemaskini ini, selepas Nahida dan Yoimiya.

Kemaskini ini juga akan meneruskan penceritaan Sumeru Archon Quest, di mana Traveler bersama dengan rakan-rakan lain cuba menyelamatkan Nahida daripada penjara yang dihasilkan oleh salah seorang Harbinger iaitu The Doctor, ia juga akan memerlukan pemain untuk melawan dengan seorang lagi Harbinger iaitu The Balladeer yang akan berada di dalam satu robot rekaan The Doctor dan juga Akademiya.

HoYoverse juga mengumumkan beberapa acara yang akan tiba sepanjang kemaskini ini, antarnaya adalah “Fabulous Fungus Frenzy”, “Adventurer’s Trials”, dan “Hypostatic Symphony”.

Mereka juga mengumumkan kemaskini untuk Serenitea Pot, di mana pemain kini boleh berkongsi rekaan Serenitea Pot mereka, dan pemain lain boleh mengambil dan melakukan rekaan yang sama selagi mana barangan mencukupi.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini