The International 11 yang sedang berlangsung di Singapura memasuki hari keempat dengan memperlihatkan pencarian untuk empat pasukan terbaik berakhir akhir ini dengan dua pasukan iaitu Team Aster dan Team Liquid menjadi dua pasukan terbaik di Lower Bracket menyertai Team Secret dan Tundra Esports sebagai empat pasukan terakhir yang masih berpeluang untuk menjulang Aegis of Champions.

Team Aster mengalahkan rakan pasukan dari China yang juga finalis untuk The International lepas iaitu PSG.LGD dengan skor 2-0. Manakala Team Liquid, kembali dari ketinggalan 1-0 untuk mengalahkan Thunder Awaken di Pusingan Keempat Lower Bracket untuk bertemu dengan Team Aster pada 29 September ini, bagi slot ke Peringkat Akhir Lower Bracket.

Kejayaan Team Liquid ini menjadikan mereka adalah pasukan kedua menyertai Team Secret yang menjadi 4 pasukan terbaik untuk kejohanan ini walaupun memasuki The International 11 sebagai pasukan Last Chance Qualified.

Dengan perlawanan ini, maka berakhir lah bahagian pertama untuk Peringkat Kalah Mati dengan, kejohanan akan berehat untuk beberapa hari dan akan kembali pada 29 September ini untuk empat lagi perlawanan iaitu Peringkat Akhir Upper Bracket, Pusingan Kelima Lower Bracket, Peringkat Akhir Lower Bracket dan sudah semestinya Peringkat Akhir Kejohanan.

Berikut adalah keputusan penuh untuk hari ketiga Peringkat Kalah Mati;

Pusingan Ketiga Lower Bracket

  • Beastcoast 1 – 2 PSG.LGD
  • OG 0 – 2 Team Liquid

Pusingan Keempat Lower Bracket

  • Team Aster 2 – 0 PSG.LGD
  • Thunder Awaken 1 – 2 Team Liquid

Sohor Kini