The International 11 yang sedang berlangsung di Singapura telah memasuki hari ketiga untuk peringkat kalah mati mereka yang memperlihatkan empat pasukan terbaik buat masa ini bertempur untuk merebut slot ke Peringkat Akhir Upper Bracket dan memberi peluang lebih cerah untuk ke Peringkat Akhir Kejohanan.

Dua perlawanan untuk Pusingan Kedua Upper Bracket adalah Thunder Awaken melawan Team Secret yuang memperlihatkan Team Secret menang dengan skor 2-0. Manakala satu lagi perlawanan iaitu Tundra Esports melawan Team Aster, memberikan skor yang sama dengan Tundra Esports meneruskan perjuangan mereka di Upper Bracket.

Team Secret dan Tundra Esports akan bertemu di Peringkat Akhir Upper Bracket pada 29 Oktober ini.

Selain itu, hari ketiga juga memperlihatkan dua perlawanan untuk Pusingan Kedua Lower Bracket yang memperlihatkan OG mengalahkan Gaimin Gladiators dan Team Liquid mengalahkan Entity untuk ke pusingan ketiga di mana mereka akan bertemu sesama sendiri.

Berikut adalah keputusan penuh untuk hari ketiga Peringkat Kalah Mati;

Pusingan Kedua Upper Bracket

  • Thunder Awaken 0 – 2 Team Secret
  • Tundra Esports 2 – 0 Team Aster

Pusingan Kedua Lower Bracket

  • OG 2 – 1 Gaimin Gladiators
  • Team Liquid 2 – 1 Entity

Sohor Kini