The International 11 yang sedang berlangsung di Singapura telah memasuki hari kedua untuk Peringkat Kalah Mati dan telah memperlihatkan dua pasukan mengucap selamat tinggal kepada peluang untuk memenangi kejohanan ini, dua pasukan tersebut adalah Evil Geniuses (EG) dan juga Boom Esports.

EG yang merupakan pasukan pertama melayakkan diri ke Peringkat Kalah Mati dengan rekod terbaik di dalam Pusingan Liga, terpaksa berputih mata apabila dikalahkan oleh Beastcoast dengan skor 2-0 di Pusingan Kedua Lower Bracket.

Manakala PSG.LGD yang juga jatuh ke Lower Bracket semalam, berjaya untuk meneruskan peluang mereka dengan mengalahkan Boom Esports di pusingan yang sama untuk mengurangkan lagi pasukan dari Asia Tenggara di dalam The International.

Dua perlawanan di Pusingan Pertama Upper Bracket pula memperlihatkan OG juara dua kali The International, diturunkan ke Lower Bracket selepas tewas 2-0 melawan Tundra Esports manakala Team Liquid menyertai mereka apabila tewas kepada Team Aster dengan skor yang sama.

OG akan bertemu pasukan Gladiators dan Team Liquid bertemu pasukan Entiti esok untuk Pusingan Kedua Lower Bracket, manakala Tundra Esports bertemu Team Aster di Pusingan Kedua Upper Bracket.

Berikut adalah keputusan penuh untuk hari kedua Peringkat Kalah Mati;

Pusingan Pertama Upper Bracket

  • Tundra Esports 2 – 0 OG
  • Team Liquid 0 – 2 Team Aster

Pusingan Kedua Lower Bracket

  • Evil Geniuses 0 – 2 Beastcoast
  • PSG.LGD 2 – 0 Boom Esports

Sohor Kini