Square Enix hari ini telah berkongsi treler baharu untuk Final Fantasy XVI dan kali ini mereka memfokuskan kepada perwatakan dan juga penceritaan berbanding memfokuskan aksi untuk dua treler sebelum ini.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Dua watak utama yang menjadi fokus di dalam treler ini adalah Dion Lesage iaitu Tengku Mahkota untuk Sanbreque yang mempunyai kuasa Eikon Bahamut. Seterusnya adalah Barnabas Tharmr yang mempunyai kerajaan sendiri selepas bermula sebagai orang yang tidak berkuasa. Ia mempunyai kuasa Eikon Odin.

Selain itu, Square Enix juga mengatakan yang mereka di bahagian akhir pembangunan dengan pasukan pembangunan memfokuskan kepada menyelesaikan pepijat dan masalah-masalah lain sebelum ia bersedia untuk dilancarkan pada suku kedua tahun 2023.

Final Fantasy XVI akan dikeluarkan secara eksklusif untuk PlayStation 5.

Sohor Kini