Skip to main content

Bulan Jun lepas, telah kami laporkan yang permainan video Resident Evil Village akan menerima mod Third-Person dan penceritaan untuk Rosemary. Mod dan cerita baharu ini akan hadir melalui The Winter’s Expansion bermula 28 Oktober akan datang.

Terkini ketika acara Resident Evil Showcase yang diadakan pagi tadi, Capcom mengumumkan yang demo bagi mod baharu dan cerita baharu sudah boleh dimuat turun untuk dicuba oleh semua yang berminat. Demo ini akan memberi pemain 60 minit untuk mencuba mod-mod dan cerita baharu.

Mod third-person akan memberi pengalaman bermain baharu, kemudian mod The Mercenaries pula akan menambah tiga watak yang boleh digunakan iaitu Chris Redfield, Karl Heisenberg dan Alcina Dimitrescu yang mana setiap daripadanya akan mempunyai pergerakan dan juga senjata tersendiri.

Kemudian cerita baharu iaitu Shadows of Rose adalah penambahan yang memfokuskan kepada Rosemary Winters, iaitu anak kepada Ethan yang merupakan bayi sepanjang kempen utama, tetapi telah membesar pada akhir permainan. Di dalam penambahan ini Rosemary memasuki di dalam kesedaran Megamycete untuk menutupnya. Beliau kemudian berjumpa dengan satu watak yang berwajah seperti dirinya sendiri. Penceritaan ini akan dimainkan sepenuhnya secara third-person. Pemain boleh membeli peluru dan ubat akan tetapi di dalam jumlah yang sangat terhad.

Semua mod ini akan hadir dalam Resident Evil Village Gold Edition atau melalui DLC Winters’ Expansion yang akan dilancarkan pada 28 Oktober akan datang.

Leave a Reply