Kehadiran watak antagonis Mephisto sudah muncul sejak WandaVision lagi. Kini sudah ada lapan siri TV di Disney+ dengan She-Hulk yang terbaharu, Mephisto masih tidak muncul lagi. Pelbagai teori turut mula muncul, menyatakan Mephisto mungkin akan tiba dalam filem.

Kini Deadline melaporkan yang pelakon komedi iaitu Sacha Baron Cohen, yang terkenal dengan filem Borat dikatakan mungkin akan berlakon sebagai Mephisto. Beliau dikatakan mungkin akan muncul dalam Ironheart dan kemudian akan muncul dalam Agatha: Coven of Chaos.

Sacha Baron Cohen turut kelihatan berada di studio Marvel di Pinewood Studios di UK. Jika benar Mephisto akan muncul dalam Ironheart, kita boleh saksikan siri TV memfokuskan watak Riri Williams lakonan Dominique Thorne pada akhir tahun 2023 di Disney+ Hotstar.

Sohor Kini