Hari ini berlangsungnya hari pertama untuk Peringkat Kalah Mati bagi The International 11 yang memperlihatkan perlawanan Evil Geniuses lwn Thunder Awaken dan Team Secret lwn PSG.LGD untuk Pusingan Pertama Upper Bracket dan kesemua perlawanan Pusingan Pertama Lower Bracket.

Walaupun menampilkan prestasi yang cemerlang ketika Pusingan Liga akan tetapi Evil Geniuses (EG) tidak berjaya untuk meneruskan pertandingan mereka di Upper Bracket selepas dikalahkan oleh Thunder Awaken dengan skor 2-0.

Rakan Kumpulan A iaitu PSG.LGD juga mendapat nasib yang sama apabila dikalahkan oleh Team Secret dengan skor 2-0 yang sekali gus menghantar kedua-dua pasukan ke Lower Bracket, dengan Thunder Awaken akan bertemu dengan Team Secret di Pusingan Kedua Upper Bracket.

EG akan bertemu dengan Beastcoast di Pusingan Kedua Lower Bracket, Beastcoast pada hari ini juga telah mengalahkan Hokori di Pusinghan Pertama Lower Bracket. Manakala PSG.LGD akan bertemu dengan Boom Esports yang mengalahkan Team Spirit sebelum ini.

Dua lagi perlawanan untuk Pusingan Pertama Upper Bracket iaitu Tundra Esports lwn OG dan Team Liquid lwn Team Aster akan berlangsung esok.

Berikut adalah keputusan penuh untuk hari pertama Peringkat Kalah Mati;

Pusingan Pertama Upper Bracket

  • Evil Geniuses 0 lwn 2 Thunder Awaken
  • Team Secret 2 lwn 0 PSG.LGD

Pusingan Pertama Lower Bracket

  • Hokori 0 lwn 1 Beastcoast
  • Team Spirit 0 lwn 1 Boom Esports
  • Fnatic 0 lwn 1 Gaimin Gladiators
  • Royal Never Give Up 0 lwn 1 Entity

Sohor Kini