Skip to main content

Bloomberg telah melaporkan yang YouTube telah melantik Leo Olebe sebagai ketua baharu untuk bahagian permainan video mereka (YouTube Gaming) selepas jawatan tersebut dikosongkan oleh Ryan What yang berhenti untuk menyertai Polygon Studios pada awal tahun ini.

Leo Olebe sebelum ini memegang jawatan eksekutif di dalam perhubungan bagi Google Play dan juga Facebook. Beliau juga pernah berkerja dengan EA dan Zynga. Olebe akan lapor kepada Tara Walpert Levy iaitu Naib Presiden Youtube.

YouTube Gaming merupakan bahagian yang melibatkan kesemua kandungan permainan video termasuk juga penstriman langsung.

Leave a Reply