Silent Hill F Membawa Pemain Ke Jepun Pada Tahun 1960-an

Konami ketika penstriman khas Silent Hill Transmission telah mengumumkan permainan baharu bagi IP Silent Hill iaitu Silent Hill F yang akan dibangunkan oleh Neoboards Entertainment iaitu pembangun untuk Resident Evil Resistance dan juga Resident Evil: Re:Verse (dilaporkan oleh VGC).

Menurut kapsyen yang diberikan oleh Konami, Silent Hill F akan membawa pemain ke negara Jepun dan ia berlaku pada tahun 1960-an. Penceritaan untuk permainan ini ditulis oleh Ryukishi07 iaitu penulis terkenal Jepun yang mempunyai pelbagai karya berkait dengan misteri, psikologi dan juga elemen seram.

Buat masa ini, masih tiada tarikh pelancaran ataupun platform untuk permainan ini.

Konami juga telah mengumumkan Silent Hill 2 Remake, Silent Hill Ascension, Silent Hill Townfall dan juga filem Return to Silent Hill.

Sohor Kini