Ketika penstriman khas Silent Hill Transmission yang berlangsung hari ini, Konami telah mengumumkan Silent Hill: Ascension iaitu permainan yang dibangunkan oleh Genvid dengan kerjasama bersama Bad Robot Games yang merupakan anak syarikat studio filem J.J Abrams, Behaviour Interactive iaitu pembangun Dead by Daylight dan Dj2Entertainment penerbit filem Sonic the Hedgehog 2.

Buat masa ini, maklumat lanjut mengenai ‘permainan’ ini, jika ia adalah permainan masih tidak jelas. Mereka sekadar mengatakan yang ia akan membolehkan peminat untuk mengalami penceritaan Silent Hill secara interaktif bersama-sama dengan peminat yang lain.

Genvid yang merupakan pembangun utama untuk pengalaman ini, mempunyai kepakaran di dalam menghasilkan acara secara langsung yang interaktif. Mereka sebelum ini pernah menghasilkan kandungan untuk The Walking Dead, dan Pac-Man.

Anda boleh kunjungi laman rasmi untuknya bagi maklumat lanjut.

Sohor Kini