Konami hari ini melalui penstriman khas Silent Hill Transmission telah mengumumkan sebilangan kandungan baharu berdasarkan IP popular Silent Hill. Antaranya adalah Silent Hill Townfall iaitu permainan baharu yang dibangunkan oleh NoCode dan akan diterbitkan oleh Annapurna Interactive.

NoCode sebelum ini hadir dengan permainan seperti Stories Untold dan juga Observation, kedua-dua permainan mempunyai tatamain yang unik, dengan Stories Untold menggunakan teks manakala Observation pemain mengawal AI yang melihat melalui CCTV.

Silent Hill Townfall juga dijangkakan akan mempunyai tatamain yang berlainan dengan permainan kebiasaan untuk Silent Hill dan lebih kepada keunikan yang dibawa oleh NoCode.

Mereka buat masa ini tidak mengumumkan tarikh pelancaran akan tetapi mengatakan maklumat lanjut akan dikongsi pada awal tahun depan.

Konami juga telah mengumumkan Silent Hill 2 Remake yang akan dikeluarkan untuk PlayStation 5 dan PC.

Sohor Kini