Bagi penawaran untuk pertengahan pertama bulan ini, Microsoft telah menyertakan beberapa permainan baharu untuk Game Pass, antaranya adalah A Plaque Tale: Requiem dan juga Scorn dan kini mereka telah mengumumkan pula permainan-permainan yang akan tiba untuk pertengahan kedua bulan ini di dalam perkhidmatan tersebut.

Antara permainan yang menarik sudah semestinya Persona 5 Royal yang buat pertama kali ditawarkan di platform selain PlayStation. Selain itu, pelanggan juga ditawarkan sebilangan permainan Amnesia dan Soma.

Berikut adalah senarai penuh permainan yang akan tiba;

  • Amnesia: Collection (Xbox, Cloud, PC) – 20 Oktober
  • Amnesia: Rebirth (Xbox, Cloud, PC) – 20 Oktober
  • Phantom Abyss (Xbox Series, Cloud, PC) – 20 Oktober
  • Soma (Xbox, Cloud, PC) – 20 Oktober
  • Persona 5 Royal (Xbox, Cloud, PC) – 21 Oktober
  • Frog Detective: The Entire Mystery (PC) – 27 Oktober
  • Gunfire Reborn (Xbox, Cloud, PC) – 27 Oktober

Selain itu, mereka juga telah mengumumkan permainan-permainan yang akan meninggalkan perkhidmatan ini bermula pada 31 Oktober.

  • Alan Wake: American Nightmare
  • Backbone
  • Bassmaster Fishing 2022
  • Nongunz: Doppelganger Edition
  • Project Wingman
  • Second Extinction
  • Sniper Elite 4
  • The Forgotten City

Permainan-permainan ini boleh didapatkan di Xbox Store dengan potongan sehingga 20% untuk mendapatkannya secara terus.

Di pasaran Malaysia, hanya PC Game Pass ditawarkan secara rasmi di mana ia ditawarkan dengan harga RM5 untuk tiga bulan pertama dan RM15 sebulan untuk bulan-bulan seterusnya – PC Game Pass Kini Rasmi Di Malaysia.

Sohor Kini