Seperti yang diumumkan sebelum ini, Marvel Snap iaitu permainan kad digital berdasarkan watak-watak Marvel akhirnya dilancarkan untuk iOS dan juga Android. Ia dibangunkan oleh Second Dinner yang terdiri daripada bekas-bekas pembangun Hearthstone termasuk juga pengarah Ben Brode. Ia diterbikan oleh Nuverse.

Di dalam Marvel Snap pemain akan membentuk satu dek yang mempunyai 12 kad watak-watak Marvel, penjahat ataupun adiwira, dan semasa pertempuran akan terdapat tiga kawasan berbeza. Pemain perlu bertempur menggunakan kad untuk ‘menjajah’ kawasan tersebut.

Setiap kawasan juga akan mempunyai kelebihan ataupun kekurangan tersendiri, contohnya ada kawasan yang tidak boleh diletakkan kad bernilai rendah, ataupun kawasan tersebut akan menghancurkan kesemua kad selepas beberapa pusingan tertentu. Pemain yang mendapat sekurang-kurangnya 2 kawasan akan memenangi perlawanan.

Anda boleh tonton video pengenalan untuk Marvel Snap oleh Ben Brode sendiri di video di bawah.

Seperti diumumkan sebelum ini, semasa pelancaran ia akan menyertakan lebih 150 kad termasuk juga watak sama tetapi dengan variasi yang berlainan. Marvel Snap adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini