Legend Ash Untuk Apex Legends Mobile Tiba Minggu Ini

EA dan pembangun Respawn Entertainment telah mengumumkan yang acara Champions untuk Apex Legends Mobile akan bermula awal pagi esok yang antaranya menyertakan Legend baharu iaitu Ash, dan juga senjata baharu untuk Fade yang khusus bagi Apex Legends Mobile.

Apex Legends Mobile juga akan menerima mod masa terhad iaitu Second Shot Blitz yang membolehkan pemain hidup semula secara automatik, acara masa terhad bersempena dengan Halloween juga akan dianjurkan yang akan menyertakan barangan kosmetik khas.

Faction Missions juga akan dianjurkan di mana pemain boleh memilih daripada tiga puak, menyelesaikan pelbagai objektif akan membantu puak yang dipilih dan juga mendapat ganjaran tersendiri. Battle Pass untuk Champions juga akan ditawarkan yang membolehkan pemain untuk mendapat barangan kosmetik khas.

Apex Legends Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini