Pada bulan Ogos lepas, PlayStation telah mengumumkan DualSense Edge iaitu alat kawalan berdasarkan DualSense akan tetapi menyertakan pelbagai keboleh-ubahsuaian untuk memberikan alat kawalan yang sesuai bagi permainan-permainan berbeza.

Hari ini mereka telah mengumumkan yang DualSense Edge akan dilancarkan secara global, termasuk juga di Malaysia pada 26 Januari ini dengan harga RM999.

Setiap pembelian DualSense Edge akan disertakan barangan-barangan tersebut yang setiap-nya boleh ditukar mengikut keinginan pemain ataupun bagi menyesuaikan dengan permainan yang sedang dimainkan.

  • DualSense Edge
  • kabel USB
  • 2 Standard caps
  • 2 High dome caps
  • 2 Low dome caps
  • 2 Half dome back buttons
  • 2 Lever back buttons
  • Bekas Penyambung
  • Beg

Bersama dengan penukaran secara fizikal, ia juga menyertakan perisian di dalam alat kawalan yang menyokong profil-profil berbeza untuk lebih memudahkan penggunaan.

Sohor Kini