Apple minggu ini telah mengumumkan generasi baharu untuk dua model tablet mereka iaitu iPad dan juga iPad Pro yang akan menyertai iPad Mini yang telah dikemaskini pada September tahun lepas.

Apple iPad yang baharu ataupun generasi ke-10 menggunakan cip pemprosesan A14 Bionic, berbanding A13 Bionic untuk model generasi lepas, dengan saiz skrin yang sedikit lebih besar iaitu 10.9-inci berbanding 10.2-inci. Ia juga menggunakan Liquid Retina berbanding Retina sebelum ini. Ia juga kini menyokong 5G bagi model selular.

Ia ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Blue, Pink, Silver dan Yellow, harga bagi Apple iPad mengikut storan adalah 64GB (RM2,099 – WIFI, RM2849 – Selular) dan 256GB (RM2,849 – WIFI, RM3599 – Selular).

Manakala Apple iPad Pro pula kini dikuasakan dengan cip M2 yang mula diperkenalkan melalui penawaran Macbook mereka. Ia hadir dengan dua pilihan skrin iaitu 11-inci Liquid Retina yang ditawarkan dengan harga bermula RM3899 ataupun 12.9-inci Liquid Retina XDR yang ditawarkan dengan harga bermula RM5399.

Ia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Space Grey ataupun Silver dengan lima pilihan storan iaitu 128GB, 256GB, 512GB, 1TB dan 2TB.

Buat masa ini sesi pra-tempahan masih tidak dibuka, tarikh pelancaran di Malaysia juga tidak diumumkan lagi.

Sohor Kini