The Sims 4 Kini Adalah Permainan Percuma Di Semua Platform

Seperti yang diumumkan pada bulan September lepas, EA dan pembangun Maxis akhirnya menawarkan The Sims 4 secara percuma buat selamanya di semua platform iaitu PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Versi percuma ini adalah untuk permainan asas sahaja dengan penambahan-penambahan lain boleh dibeli secara berasingan. Sesetengah penambahan juga ditawarkan secara percuma untuk pelanggan EA Play.

Manakala bagi pemain yang sudah memiliki The Sims 4, mereka akan diberikan Desert Luxe Kit secara percuma. Mereka juga telah mengesahkan yang The Sims 4 akan terus menerima kandungan baharu dengan kandungan seterusnya akan dikongsi sekitar minggu ini.

The Sims 4 sudah dikeluarkan sejak tahun 2014 lagi.

Sohor Kini