Warner Bros. Games dan pembangun NetherRealms telah mengumumkan permainan mudah alih baharu berdasarkan IP permainan perlawanan popular mereka iaitu Mortal Kombat: Onslaught. Ia adalah permainan RPG mengumpul watak yang akan dikeluarkan sekitar tahun 2023 untuk iOS dan Android.

Di dalam permainan ini, pemain boleh membentuk pasukan menggunakan pelbagai watak dari siri Mortal Kombat yang berkemungkinan besar diperoleh melalui sistem gacha ataupun kotak tikam. Mereka juga mengatakan yang permainan ini akan menyertakan penceritaan secara cinematic yang eksklusif untuknya.

Anda boleh lakukan pendaftaran minat melalui laman rasmi untuk mendapatkan maklumat terbaru mengenainya termasuk juga tarikh pelancaran apabila diumumkan kelak.

Sohor Kini