Selepas pertempuran selama 4 hari bermula pada 15 Oktober yang lepas, Pusingan Liga untuk The International 11 berakhir dan 16 pasukan yang terus kekal di dalam kejohanan ini telah disahkan dengan 4 pasukan terpaksa berputih mata dengan lebih awal iaitu Soniqs, BetBoom Team, Talon Esports dan juga TSM yang masing-masing berada di kedudukan dua terbawah.

Seperti kami laporkan sebelum ini, Evil Geniuses adalah pasukan terbaik dari Kumpulan A dengan memenangi 7 dan kalah 2 perlawanan, manakala Tundra Esports berada di kedudukan pertama untuk Kumpulan B dengan rekod tanpa kalah 5 kali menang dan 4 kali seri.

Berikut adalah kesemua pasukan yang layak mengikut kedudukan di dalam kumpulan;

Kumpulan A: Evil Geniuses, Team Liquid, PSG.LGD, OG, Hokori, Royal Never Give Up, Gaimin Gladiators, dan Boom Esports

Kumpulan B: Tundra Esports, Team Secret, Thunder Awaken, Team Aster, Fnatic, Team Spirit, Beatcoast, dan Entity.

Peringkat Kalah Mati akan bermula pada 20 Oktober ini yang berlangsung sehingga 23 Oktober, ia adalah pertandingan secara langsung di Suntec Singapore. Berikut adalah perlawanan-perlawanan untuk Upper Bracket dan juga Lower Bracket;

Pusingan Pertama Upper Bracket

  • Evil Geniuses lwn Thunder Awaken
  • Team Secret lwn PSG.LGD
  • Tundra Esports lwn OG
  • Team Liquid lwn Team Aster

Pusingan Pertama Lower Bracket

  • Hokori lwn Beastcoast
  • Team Spirit lwn Boom Esports
  • Fnatic lwn Gaimin Gladiators
  • Royal Never Give Up lwn Entity

Jika tidak berkesempatan untuk menonton secara langsung, setiap perlawanan juga akan distrim secara langsung melalui Twitch, Youtube dan juga Facebook.

Sohor Kini