EA dan pembangun Respawn Entertainment telah berkongsi “Stories from the Outlands” baharu untuk Apex Legends yang berjudul Last Hope. Ia kali ini memfokuskan kepada watak Tressa bersama dengan rakannya.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Tressa Smith merupakan legend baharu yang akan tiba bersama dengan musim baharu, bermula pada 1 November ini. Dia juga dikenali sebagai Catalyst dan tampaknya mempunyai kuasa menggunakan ferrofluid. Maklumat lanjut mengenai Tressa akan dikongsi tidak lama lagi.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch, dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini