Sejak daripada 15 Oktober yang lepas, perlawanan peringkat liga untuk The International 11 yang berlangsung di Singapura telah bermula dan akan menutup tirai hari ini. Melaluinya 19 pasukan akan berembut, 16 slot untuk ke peringkat kalah mati.

Hari ini, kita akan dapat melihat pasukan-pasukan yang akan melayakkan diri ke peringkat seterusnya, namun sebelum berakhirnya hari ini, Evil Geniuses telah disahkan melayakkan diri, bahkan disahkan menjadi juara untuk kumpulan A, dengan hanya kalah sekali di dalam 8 perlawanan.

Evil Geniuses terdiri daripada Arteezy, Cr1t, Fly, Abed dan Nighfall.

Pasukan Tundra Esports juga telah disahkan akan melayakkan diri ke peringkat seterusnya akan tetapi buat masa ini masih tidak disahkan lagi kedudukan mereka di kumpulan B dengan dua lagi perlawanan akan berlangsung hari ini.

16 pasukan yang melayakkan diri ke peringkat seterusnya akan bertempur bermula pada 20 Oktober sehingga 23 Oktober untuk mencari empat pasukan terbaik, sebelum mereka ke peringkat separuh akhir pada 29 Oktober dan peringkat akhir pada 30 Oktober.

Sohor Kini