Astro hari ini telah mengumumkan dua pakej langganan baharu utnuk perkhidmatan mereka bagi memfokuskan kepada peminat sukan dan juga filem, dua pakej yang diumumkan adalah Sports Plus Pack dan juga Movies Plus Pack. Tarikan bagi kedua-dua pakej ini, ia menyertakan langganan Netflix bersama, iaitu Netflix Standard yang ditawarkan dengan harga RM45 jika diambil secara berasingan.

Sports Plus Pack yang khusus untuk peminat sukan akan menawarkan kesemua saluran sukan, termasuk juga dalam resolusi 4K bersama dengan akses kepada aplikasi beIN Sports Connect yang menawarkan tambahan kandungan sukan secara terus melalui aplikasi.

Manakala bagi Movie Plus Pack, ia menyertakan tambahan Disney+ Hotstar, HBO Go, Astro Originals bersama dengan saluran-saluran kandungan filem serta siri TV yang lain.

Kedua-dua pakej ini ditawarkan dengan harga RM129.99, akan tetapi bagi yang mengambil dengan kontrak selama 24 bulan, 18 bulan pertama adalah dengan harga RM119.99. Setiap pendaftaran juga memerlukan kontrak sekurang-kurangnya 12 bulan.

Anda boleh layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

Sohor Kini