Riot Games hari ini telah mengumumkan yang mereka mengambil alih Wargaming Sydney Studio dan akan dijenamakan semula menjadi Riot Sydney. Studio baharu ini akan terlibat dengan kesemua permainan Riot Games seperti League of Legends, Valorant dan juga pasukan teknikal di Riot.

Sebelum menjadi Wargaming Sydney Studio, mereka dikenali sebagai BigWorld Technology yang membangunkan perisian tengah untuk permainan MMO iaitu BigWorld, perisian tersebut telah digunakan oleh Wargaming untuk kesemua permainan mereka seperti World of Tanks, World of Warplanes dan juga World of Warships.

Wargaming mengambil alih mereka dengan bayaran $45 juta, manakala Riot Games mengambil alih dengan bayaran yang tidak diumumkan dan ia tidak melibatkan pegangan kepada teknologi BigWorld dan juga bahagian penerbitan mereka yang masih kekal dengan Wargaming.

Sohor Kini